Tuesday, July 8, 2025

Persatuan Pengguna sambut baik ketegasan kerajaan GRS tuntut kembalikan kuasa outonomi kawal selia bekalan elektrik

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menyambut baik ketegasan Kerajaan GRS menuntut kerajaan persekutuan mengembalikan kuasa autonomi mengawal selia bekalan elektrik kepada kerajaan negeri.
Presidennya David Chan berkata isu itu merupakan perkara yang sudah lama tertunggak, terutama daripada segi pengurusan bekalan elektrik di Sabah.
“Hari ini adalah sejarah yang bermakna bagi Sabah untuk menyaksikan kuasa minyak, gas dan elektrik berada di bawah kerajaan Sabah.
“Langkah ini tepat pada masanya untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan elektrik di sabah. Pada masa akan datang, saya percaya pengguna akan mendapat manfaat,” kata David dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah berkaitan pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik daripada kerajaan Persekutuan.
RUU berkenaan membabitkan RUU Bekalan Elektrik 2024, Tenaga Boleh Baharu 2024 dan Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024.
Ketiga-tiga RUU itu memberi ruang kepada Sabah untuk secara rasmi mengambil alih kuasa mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada kerajaan Persekutuan.
Dalam pada itu, Sabah merancang untuk mengambil alih Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sepenuhnya dalam tempoh tujuh tahun ini.

Hot this week

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...

Sabah Assembly dissolves automatically on Nov 11 if not earlier

Kadzim...the five-year term of the State Assembly is counted...

Sabah Political Stability Under Threat: External and Internal Conspiracies Aimed at Undermining Autonomy and Progress

By Datuk James Ligunjang J.P Former State Assemblyman  The political landscape...

PH Sabah to present joint manifesto ahead of state election

Mustapha...highlighting issues close to the hearts of Sabahans. KOTA KINABALU...

Topics

Menteri WP nafi Madius dilantik Pengerusi baharu Perbadanan Labuan

Zaliha…Beberapa individu berpotensi sedang dinilai secara teliti untuk jawatan...

Sidang DUN Isnin ini mungkin terakhir sebelum PRN17

KOTA KINABALU : - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Sung Siew Sandakan rai ulang tahun ke-118

Dr Joachim (dua dari kiri) bersama Frankie Phoon (kiri)...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img