Sunday, June 22, 2025

Keharmonian, perpaduan kunci kesejahteraan & kemakmuran negeri

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama jemputan lain memukul gendang sebagai simbolik merasmikan Tuaran 2024 Dragon, Unicorn & Lion Dance Festival di Padang Dataran Tuaran pada Ahad.

TUARAN: Keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah menjadi kunci kepada kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, rakyat berbilang kaum dan bangsa di negeri ini saling hormat menghormati dan meraikan setiap perayaan dan kebudayaan bersama dengan penuh harmoni.

Beliau mengambil contoh, Perayaan Tahun Baru Cina (CNY) bukan hanya disambut oleh masyarakat Tionghua di Sabah, malah pelbagai suku kaum lain di negeri ini turut bersama-sama meraikannya.

“Inilah keunikan di negeri Sabah kerana rakyat daripada pelbagai suku kaum dan budaya dapat bersama sama menyambut sesuatu perayaan dengan penuh harmoni dan meriah.

“Keharmonian dan persafahaman ini telah kita warisi dari nenek moyang dan ianya hendaklah terus dipertahankan dan diwarisi oleh generasi muda”, katanya ketika merasmikan Tuaran 2024 Dragon, Unicorns & Lions Dance Festival di Padang Dataran Tuaran pada Ahad.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor secara simbolik menitik mata singa pada Tuaran 2024 Dragon, Unicorns & Lion Dance Festival di Padang Dataran Tuaran pada Ahad.

Hajiji berkata, kepelbagaian itu juga memboleh rakyat berbilang kaum negeri ini hidup aman damai dan harmoni.

“Kita di Sabah boleh menjadi contoh dan teladan kepada negeri negeri lain di Malaysia dalam soal persefahaman dan perpaduan rakyat berbilang kaum dan budaya”, tegasnya.

Katanya, Kerajaan Negeri menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) komited membangunkan negeri ini dan rakyatnya tanpa memilih bangsa dan agama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama jemputan lain pada  Tuaran 2024 Dragon, Unicorn & Lion Dance Festival di Padang Dataran Tuaran pada Ahad.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri akan menganjurkan sambutan Perayaan CNY tahun ini bagi memeriahkan lagi suasana perayaan itu.

Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya, Presiden Lions Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh dan pemimpin masyarakat setempat. – Talantang

Hot this week

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Topics

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img