Sunday, June 22, 2025

Sipitang akan terima pertumbuhan ekonomi dari Landasan Trans-Borneo – Dr Yusof

SIPITANG: Cadangan pembinaan Landasan Trans-Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan akan memberikan impak pertumbuhan ekonomi kepada Daerah Sipitang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob yang menyambut baik cadangan itu berkata, ia disebabkan kedudukan daerah Sipitang sebagai pintu masuk pengunjung dari Sarawak, negara Brunei dan Kalimantan Indonesia.

“Sebagai daerah terletak di sempadan, kawasan pertama di Sabah menerima pengunjung dari Sarawak, Brunei dan Indonesia..sudah tentu ia satu perancangan baik,” kepada media ketika ditemui pada Program Iftar di Surau Kampung Lumut dekat sini, semalam.

Beliau diminta mengulas cadangan sebuah syarikat dari Brunei untuk membangunkan landasan itu membabitkan laluan 1,620 kilometer dilaksana dalam dua fasa dan dilengkaki kereta api berkelajuan tinggi mencecah 350 kilometer sejam.

Beliau yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) berkata, cadangan itu masih diperingkat awal dan pihak syarikat dari Brunei ada berjumpa dengannya mengenai pembinaan landasan Trans-Borneo ini.

“Kita sedang berunding bagaimana untuk laksanakan landasan Trans-Borneo ini dan mengikut Menteri Kerja Raya, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan khas untuk membuat kebolehlaksanaan cadangan ini.

“Pelaksanaan pembinaan landasan ini bukan biasa disebabkan keadaan geografi bumi Sabah dan Sarawak yang berbukit bukau, bergunung-ganang.

“Sudah tentu akan menelan belanja tinggi termasuk membabitkan pembinaan terowong, jambatan panjang dan pelbagai’kemudahan yang sudah tentu bukan mudah,” katanya.

Beliau berkata, perlu dimaklumkan juga apa bentuk kordinasi antara Sabah, Sarawak, Bunei dan Kalimantan sendiri supaya kesalinghubungan lancar.

“Sudah tentu ia membabitkan kos tinggi dan kita mahu tahu siapa akan menganggung kos ini samada Kerajaan Persekutuan atau Negeri atau melalui kaeadah lain,” kata Yusof sambil menambah pembinaan landasan Trans-Borneo itu akan mengambil masa.

Hot this week

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Topics

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img