Sunday, April 27, 2025

HQE 2 kini Pusat Jantung Negara Sabah: Anwar

KOTA KINABALU : Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 dijenamakan semula sebagai Pusat Jantung Sabah (PJS) bagi memenuhi keperluan rawatan jantung di negeri ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM80 juta bagi tujuan menaik taraf HQE 2 sebagai sebagai hospital pakar jantung.

“Maka dengan ini saya umumkan supaya kemudahan khas atau lot khas untuk jantung negara yang disebut Pusat Jantung Negara Sabah disediakan di Sabah.

“Dengan ini ia akan menjadikan Sabah memiliki kemudahan rawatan pakar jantung yang kedua di negara selepas Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

“Perkhidmatan ditawarkan menerusi seramai tiga orang pakar dan 120 orang tenaga sokongan terlatih sedia ada membabitkan peruntukan sebanyak RM 80 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta Kabinet Persekutuan dan negeri.

Anwar berkata, kerja-kerja awal untuk menaik taraf HQE 2 sebagai PJN Sabah akan bermula pada tahun ini dan kemudahan itu adalah bagi menambah baik Perkhidmatan Kardiologi sedia ada di HQE 2

Pada masa ini, perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik dewasa dan kanak-kanak disediakan di HQE 2.

Dalam pada itu, Anwar berkata, antara fasiliti yang disediakan adalah 107 katil pesakit, klinik pakar, Makmal Kateterisasi Invasif dan Bukan Invasif (Invasive and Non-Invasive Catheterization Laboratory – ICL); dan Dewan Bedah Kardiotorasik.

“Perkhidmatan ditawarkan adalah melalui tiga orang pakar iaitu seorang masing-masing pakar kardiologi, pakar bedah jantung dan pakar bius jantung; dan 120 orang jururawat terlatih,” katanya. – BERNAMA

Hot this week

Bernard Dompok, the First Vatican envoy remembers

By Datuk Teddy Chin MORE than one billion Catholics around...

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

SAREC 25, platform for collaboration, innovation to drive Sabah transition toward a sustainable energy future – Dr Yusof

Yusof shakes hands with strategic partners, moderators, SAREC 2025...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Topics

Bernard Dompok, the First Vatican envoy remembers

By Datuk Teddy Chin MORE than one billion Catholics around...

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

KDM set to generate a “green wave” effect in PBS and STAR’s stronghold in PRN

Dr Kanul Gindol...the political landscape in Sabah is unpredictable...

Sustainable Tourism and Conservation Efforts in Kinabatangan Remain KiTA’s Core Focus

Group Photo of President, Johnny (front, second left);Past President,...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img