Sunday, April 27, 2025

Pemimpin GRS sengaja mainkan isu JKDM kerana takut bayang-bayang sendiri – Dr Gaim

Dr Gaim…mereka takut keberkesanan bajet yang disalurkan kepada kampung-kampung.

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) Dr Gaim James Lunkapis mendakwa terdapat pemimpin tertentu, khususnya dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang segaja memainkan isu penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di Sabah kerana takut dengan bayang-bayang sendiri.

Menurutnya ini kerana mereka takut keberkesanan bajet yang disalurkan kepada kampung-kampung di negeri ini.

“Seharusnya pihak kerajaan GRS menyahut baik pengumuman jawatankuasa ini yang paling awal diperkenalkan di negeri Sabah berbanding di negeri lain.

“Tentu sekali ini sesuai dengan semangat kerajaan Madani yang ingin menoktahkan kemiskinan di Malaysia yang lebih banyak tertumpu di daerah-daerah negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Gaim berkata kerajaan negeri seharusnya paham konsep penubuhan JKDM itu yang diyakini dapat mengurangkan birokrasi di mana lebih cepat peruntukan pembangunan dapat disalurkan ke kampung-kampung terutama negeri Sabah.

Daripada segi undang-undang, Gaim berkata JKDM tidak menyalahi undang-undang dan tidak bercanggah dengan Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Cap 132 yang mengkhususkan badan dibawah pentadbiran pegawai daerah berbeza dengan JKDM yang ditadbir dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah singkatan: (KKDW) iaitu badan negeri dan badan persekutuan.

Katanya daripada segi bidang kuasa, penubuhan JKDM tidak menyalahi kuasa negeri yang terdapat dalam Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Gaim, fungsi badan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan JKDM adalah berbeza.

Katanya JKDM berperanan membantu sektor ekonomi, usahawan dan latihan penduduk kampung manakala JKKK yang diwujudkan di bawah ordinan dengan fungsi mengurus dan mengatur pentadbiran serta keselamatan kampung.

“Jelas sekali tidak ada pertindihan kuasa antara dua badan berbeza fungsi dan matlamat,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata kerajaan Negeri mengambil pendirian menolak pelaksanaan JKDM oleh KKDW di Sabah.

Hot this week

Bernard Dompok, the First Vatican envoy remembers

By Datuk Teddy Chin MORE than one billion Catholics around...

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

SAREC 25, platform for collaboration, innovation to drive Sabah transition toward a sustainable energy future – Dr Yusof

Yusof shakes hands with strategic partners, moderators, SAREC 2025...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Topics

Bernard Dompok, the First Vatican envoy remembers

By Datuk Teddy Chin MORE than one billion Catholics around...

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

KDM set to generate a “green wave” effect in PBS and STAR’s stronghold in PRN

Dr Kanul Gindol...the political landscape in Sabah is unpredictable...

Sustainable Tourism and Conservation Efforts in Kinabatangan Remain KiTA’s Core Focus

Group Photo of President, Johnny (front, second left);Past President,...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img