Sunday, June 1, 2025

Masalah air Sandakan, Tawau dapat perhatian PAC Parlimen

KOTA KINABALU : – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengambil tindakan proaktif bagi mengadakan lawatan kerja ke Sandakan dan Tawau buat pertama kali bagi melihat sendiri permasalahan yang dihadapi berhubung isu air di dua daerah berkenaan.

Antaranya adalah isu pengurusan air negara di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah dan Sarawak di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, lawatan kerja itu adalah bagi melaksanakan prosiding isu berkenaan selain melihat sendiri permasalahan yang dihadapi Kementerian atau Jabatan Kerajaan dalam melaksanakan projek-projek untuk rakyat.

“Melalui pendekatan ini juga, PAC Parlimen akan dapat menilai sendiri sama ada projek yang dilaksanakan Kementerian atau Jabatan Kerajaan benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat dan pelaksanaannya dinikmati oleh rakyat

“Dalam prosiding hari ini juga, PAC Parlimen turut menjemput PAC Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk turut sama mendengar penjelasan daripada PETRA dan KKDW berhubung kedua-dua isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan prosiding pengurusan air negara dan BALB Sarawak dan Sabah di sini hari ini.

Mas Ermieyati berkata, melalui perkongsian strategik itu, PAC Parlimen berharap projek-projek yang dilaksanakan di peringkat negeri Sabah dapat terus dipantau oleh PAC DUN Sabah.

Katanya, PAC Parlimen turut bercadang untuk menjemput PAC DUN negeri-negeri menyertai setiap prosiding yang diadakan di negeri dimana Jawatankuasa itu mengadakan lawatan kerja.

Menurutnya ia adalah bagi projek-projek yang membabitkan Jabatan Kerajaan di peringkat negeri tetapi mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

“Pendekatan ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara PAC Parlimen dan PAC negeri-negeri yang sememangnya mempunyai punca kuasa sama iaitu untuk memantau segala perbelanjaan dan kewangan Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata, Jawatankuasa itu akan turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan  Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya,  serta PAC DUN Sabah.

Katanya, PAC Parlimen akan berkongsi pandangan hasil daripada lawatan kerja dengan Ketua Menteri dalam memastikan projek-projek yang dilaksanakan benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat.

Hot this week

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Topics

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img