Friday, May 9, 2025

Pencapaian luar biasa Profesor DrJustin Sentian kebanggaan Malaysia

KOTA KINABALU : – Pencapaian luar biasa dan cemerlang saintis Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr Justin Sentian berjaya merintis perjalanan ke benua Antartika pada musim sejuk merupakan kebanggaan kepada rakyat Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, pencapaian Profesor Dr Justin bukan sahaja melampaui kejayaan peribadi beliau, tetapi juga satu tanda kejayaan dan kebanggaan untuk negara kita Malaysia, negeri Sabah dan juga UMS.

Katanya, pencapaian Profesor Dr Justin membolehkannya diberi dua pengiktirafan serentak dalam Malaysian Book of Records, sebagai rakyat Malaysia pertama yang menjalankan penyelidikan pada musim sejuk dengan keadaan cuaca melampau dan juga rakyat Malaysia pertama yang tinggal paling lama di benua Antartika iaitu selama 7 bulan.

“Seiringan dengan pencapaian ini, pengiktirafan juga diberikan kepada Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) sebagai penganjur ekspedisi penyelidikan musim sejuk pertama di benua Antartika”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penganugerahan The Malaysia Book of Record Program Penyelidikan Musim Sejuk di Antartika kepada Profesor Dr Justin Sentian dan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan di Dewan Bankuasi UMS pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Alfred Angin.

Hajiji berkata, pengiktirafan berprestij yang diberikan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu melakukan sesuatu di luar daripada kebiasaan dan melambangkan komitmen dan kejayaan negara kita terhadap kecemerlangan dalam inovasi dan penyelidikan saintifik.

“Kemampuan beliau untuk bertahan dan tinggal agak lama di benua Antartika dalam keadaan cuaca melampau pada musim sejuk, menunjukkan ketabahan dan komitmen yang sangat tinggi, bukan sahaja dalam penyelidikan beliau berkaitan dengan perubahan iklim dan dinamik kimia atmosfera di Antartika, tetapi juga dari segi aspek ketahanan fizikal dan mental yang sangat luar biasa.

“Saya percaya, perjalanan beliau ke Antartika mencerminkan semangat, tekad dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam dan semangat ini mampu menjadi sumber inspirasi
dan teladan, bukan sahaja kepada golongan penyelidik, tetapi kepada seluruh masyarakat terutama generasi muda”, katanya.

Beliau berkata, geran penyelidikan yang dianugerahkan kepada Dr Justin Sentian telah menyumbang secara signifikan kepada kemajuan ilmu pengetahuan dan pemahaman mengenai Antartika, terutama dalam bidang perubahan iklim, yang kini merupakan isu global yang hangat dibincangkan.

Katanya, kecemerlangan program akademik yang ditawarkan di UMS adalah bukti bahawa dedikasi universiti itu dalam melahirkan penyelidik dan individu yang cemerlang telah memberikan impak positif kepada negara dan seluruh rakyat.

Hot this week

PRN17: GRS sedia tanding solo

Hajiji...parti-parti tempatan perlu menjadi tunjang utama dalam pentadbiran negeri...

The newly elected Pope Leo XIV – Robert Prevost

By CC PungJustice of Peace THE new Pope calls for...

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Topics

PRN17: GRS sedia tanding solo

Hajiji...parti-parti tempatan perlu menjadi tunjang utama dalam pentadbiran negeri...

The newly elected Pope Leo XIV – Robert Prevost

By CC PungJustice of Peace THE new Pope calls for...

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...

275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin

Dr Yusof menyaksikan Madius menandatangi plak, simbolik perasmian Pejabat...

How many more journalists must die, RSF?

Rocky Bru...Despite killing over 200 journalists in Gaza, Israel...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img