Home Berita Edward Linggu dipilih Ahli Dewan Negara (Senator)

Edward Linggu dipilih Ahli Dewan Negara (Senator)

ADUN Kiulu ucapkan ‘Tahniah” kepada mantan ADUN Tamparuli Datuk Edward Linggu selepas DUN luluskan perlantikan beliau sebagai Senator.

KOTA KINABALU : – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul memilih Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Edward Linggu Bukut sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) bagi mewakili negeri Sabah.

Edward yang juga Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dilantik menggantikan Ketua Wanita UMNO Negeri Sabah, Datuk Noraini Idris yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai senator 9 Disember depan.

Usul berkenaan dikemukakan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor dan disokong Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan sebelum diluluskan dengan undian 53 bersetuju dan 26 tidak hadir.

Edward sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Sabah Credit Corporation (SCC) berasal dari Tamparuli dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli bermula 1999 hingga 2004.

Beliau juga kini menjadi Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sementara itu, ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai mengucap ‘Syabas dan tahniah kepada Setiusaha Agung Parti STAR Datuk Edward Linggu yang diangkat sebagai Senator.”

“Seingat saya beliau, yang juga mantan ADUN Tamparuli, merupakan pemimpin pertama dari Daerah Tuaran yg diangkat sebagai Ahli Dewan Negara,” kata Joniston.

Exit mobile version