Home Berita Laksamana Muda Yusne Mokhtar dilantik Panglima Wilayah Laut 2 yang ke –...

Laksamana Muda Yusne Mokhtar dilantik Panglima Wilayah Laut 2 yang ke – 34

SANDAKAN : – Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Hj Muhammad Ruzelme bin Hj Ahmad Fahimy telah menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Wilayah Laut 2
bertempat di Dewan Azim, Kompleks Perumahan TLDM Sandakan pagi tadi.

Detik bersejarah ini menyaksikan Laksamana Muda Dato’ Khir Junaidi bin Idris secara rasminya menyerahkan jawatan Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2) kepada Laksamana Muda Yusne bin
Mokhtar selepas 1 tahun 4 bulan 11 hari dibawah pemerintahan beliau.

Majlis yang berlangsung penuh tradisi Tentera Laut Diraja Malaysia pada setiap kali pertukaran tampuk pemerintahan antara kedua-dua Panglima.

Majlis telah dimulakan dengan menandatangani Sijil Perakuan Serah Terima Tugas, Pemakaian dan Penurunan Insignia Pemerintahan serta penyerahan teropong
sebagai simbolik peralihan kepada tampuk pemerintahan yang baharu.

Panglima Armada Timur dalam ucapan beliau telah menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Laksda Dato’ Khir Junaidi atas segala dedikasi dan komitmen yang telah diberikan sepanjang memegang tampuk pemerintahan di Wilayah Laut 2.

Terdahulu Laksda Yusne bin Mokhtar pernah bertugas di Markas Tentera Laut sebagai Asisten Ketua Staf Perancangan Pembangunan dan Kontigensi.

Beliau merupakan anak kelahiran Selangor dan mempunyai 4 orang Cahaya mata.

Manakala, Laksda Dato’ Khir Junaidi bin Idris dirancangkan bakal
diperjawatkan sebagai Panglima Armada Timur hujung bulan ini.

Exit mobile version