Wednesday, June 18, 2025

Sabah belum mempunyai kompleks labuhan perikanan LKIM

SANDAKAN : – Pada masa kini, terdapat 48 buah kompleks labuhan perikanan di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di seluruh negara.

Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, bagaimanapun, berkata buat masa ini, negeri Sabah masih belum mempunyai kompleks labuhan perikanan LKIM.

Sehubungan itu, cadangan pembinaan Kompleks Perikanan LKIM di Batu 2, Jalan Leila,Sandakan antara lain bertujuan untuk menyediakan kemudahan pendaratan ikan kepada nelayan setempat dan dijangka memberi manfaat kepada seramai 1,135 orang nelayan.

Mohamad Sabu berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee.

Vivian bertanya apakah status terkini bagi Projek Kompleks Pendaratan Ikan di Sandakan.

Menerusi Pertanyaan lisan di Parlimen secara lisan, Vivian juga bertanya bilakah projek ini akan disiapkan untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh nelayan sekian lama.

Menerusi jawapan yang diterima, KPKM melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pendaratan, pengendalian, penyimpanan dan pemasaran ikan.

LKIM juga telah menjalankan kajian kesesuaian tapak bagi tujuan melengkapkan laporan Kajian Impak Alam Sekitar.

LKIM juga telah mengemukakan data kerja ukur dan cadangan pelan susun atur komponen Kompleks Pendaratan Ikan Sandakan kepada perunding.

Ini bertujuan untuk penyediaan pelan pembangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan bagi mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Keseluruhan proses sehingga kelulusan PBT dijangka selesai pada pertengahan tahun 2026.

Seterusnya, cadangan projek pembinaan kompleks ini akan dimohon di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13

Hot this week

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Topics

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img