Inisiatif diumum Kerajaan Negeri hanyalah suatu permainan nombor, kata-kata Indah

Nabila Norsahar…Realitiinya, rakyat Sabah tidak merasakan kehebatan pertumbuhan ekonomi.

KOTA KINABALU: Segala ungkapan Kerajaan Negeri mengenai peningkatan kutipan hasil negeri, peningkatan pelaburan asing, pembangunan Projek Pan Borneo dan Inisiatif-inisiatif lain hanyalah suatu permainan nombor dan kata kata yang indah.

Realitiinya, rakyat Sabah tidak merasakan kehebatan pertumbuhan ekonomi tersebut tetapi sebaliknya berdepan dengan pelbagai isu yang mencabar di bawah kepimpinan GRS.

Naib Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Nabila Norsahar menyifatkan ini suatu yang amat memalukan apabila  perkara asas yang begitu penting bagi anak muda Sabah masih gagal diselesaikan.

Katanya, kadar  pengangguran di Negeri Sabah kekal yang paling tinggi iaitu 7.7 peratus berbanding di Negeri negeri lain di Malaysia.

“Lebih teruk lagi apabila Majlis Penasihat Buruh Sabah yang diwujudkan sejak 2023 yang lalu kekal mandul didalam memberikan apa-apa nilai tambah untuk menangani masalah seberat ini.

“Malah, berdasarkan data yang dikeluarkan tahap  pengangguran di Sabah masih berada pada tahap yang sama seperti suku ketiga 2024, lebih mengecewakan apabila Jabatan Perangkaan sendiri memaklumkan bahawa kadar pengganguran di Negeri Sabah masih jauh lebih tinggi berbanding kadar pengangguran nasional.

“Mengapakah ini semua masih terjadi? Sampai bilakah harus kita dibelenggu dengan permasalahan ini? Apakah nasib yang akan terjadi kepada generasi muda di Negeri Sabah ini?  Bukankah sudah terbukti segala pengumuman bahawa ekonomi di Sabah ini semakin meningkat hanyalah suatu cubaan memperbodohkan rakyat negeri Sabah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Nabila yang juga Ketua Srikandi Bersatu Sabah berkata, seharusnya  pertumbuhan ekonomi secara asasnya dapat dilihat melalui peluang pekerjaan yang meluas dan bukan membiarkan anak muda Sabah terus di dalam belenggu pengangguran tanpa penghujungnya.

Katanya, terbukti, kerajaan negeri gagal mentadbir urus negeri ini dalam membuat perubahan kearah kemajuan.

Menurutnya, bukan itu sahaja, isu yang sama ini juga berkait rapat dengan masalah infrastruktur and aksesibiliti.

“Permasalahan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik di Sabah juga seperti tidak berpenghujung, malahan saban hari semakin kritikal.

“Pada 7 Feb 2025 yang lepas, jelas terlihat kemarahan rakyat di media sosial dengan gangguan air selama 12 jam di bandar Kota kinabalu, Putatan dan Penampang.

“Rakyat Sabah sehingga hari ini terpaksa bergantung dengan bekalan air di dalam tong, baldi dan botol-botol plastik. Jalan raya yang teruk juga tidak asing lagi di negeri ini sehinggakan meragut nyawa. Kebelakangan ini beberapa kes telah berlaku bahawa penunggang motosikal telah maut terlanggar lubang dipermukaan jalan yang rosak di Lintas dan juga sekitar bandar,” katanya.

Nabila berkata, ironinya juga, Projek Pan Borneo yang seharusnya memberi manfaat kepada rakyat kini hanya menjadi suatu projek yang menyusahkan rakyat.

Menurutnya, kesesakan laluan dengan jalan yang tidak berturap contohnya ke arah Sipitang itu sudah bertahun-tahun membuat rakyat sengsara. Inilah keluhan rakyat setiap hari.

“Berapa lama lagikah rakyat harus menderita akibat kelemahan pentadbiran kerajaan negeri yang ada ini?

“Oleh yang demikian, Saya mendesak dengan amaran yang cukup keras agar Kerajaan Negeri  jangan bersikap “syok sendiri” dalam melemparkan kemegahan memimpin negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya bersikap jujur dalam berkata-kata. Kerajaan Negeri harus sedar bahawa rakyat Sabah bijak menilai.

“Terimalah kebenaran walau ianya pahit bahawa laungan “Sabah Maju Jaya” yang disuarakan di seluruh pelusuk negeri itu tidak mencerminkan realiti yang sebenar. Sebaliknya hanyalah politik murahan yang dimainkan untuk menggaburi mata rakyat,” kata Nabila.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img