Saturday, April 26, 2025

Presiden MPS tinjau isu kebersihan dan infrastruktur di Karamunting

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, telah membawa Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Walter Kenson, meninjau keadaan di Bandar Ramai-Ramai, Karamunting, Jumaat.

Lawatan itu bertujuan untuk membawa presiden memahami dan melihat sendiri isu kebersihan serta masalah infrastruktur di kawasan tersebut.

Menurut Walter, keutamaan beliau sebagai presiden adalah memastikan kebersihan dan kekemasan bandar kerana ia adalah keperluan asas yang diharapkan rakyat.

“Rakyat berhak menyuarakan perkara ini kerana ia memang tanggungjawab MPS. Kita perlu mencapai tahap yang memenuhi harapan rakyat. Kita tidak mahu gagal melaksanakannya hingga menjadi bahan cemuhan kerana ia memberi imej negatif kepada kerajaan, dan ini yang saya mahu elakkan,” katanya.

George berterima kasih kepada Walter kerana meluangkan masa untuk melihat sendiri permasalahan di Sandakan dan berharap tindakan sewajarnya akan diambil untuk menangani isu kebersihan dan infrastruktur di kawasan tersebut.

“Hari ini kita mulakan di Bandar Ramai-Ramai, dan selepas ini kita akan ke kawasan lain di Karamunting seperti Bandar Nam Tung dan Bandar Leila. Sedikit demi sedikit, kita akan pastikan masalah di semua kawasan diberi perhatian dan diselesaikan,” katanya.

Hot this week

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

SAREC 25, platform for collaboration, innovation to drive Sabah transition toward a sustainable energy future – Dr Yusof

Yusof shakes hands with strategic partners, moderators, SAREC 2025...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

Topics

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

KDM set to generate a “green wave” effect in PBS and STAR’s stronghold in PRN

Dr Kanul Gindol...the political landscape in Sabah is unpredictable...

Sustainable Tourism and Conservation Efforts in Kinabatangan Remain KiTA’s Core Focus

Group Photo of President, Johnny (front, second left);Past President,...

Qhazanah Sabah Hari Raya celebration

The Qhazanah Sabah Group of Companies held its Hari...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img