Home Berita 30 Mac Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman

30 Mac Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman

30 Mac diwartakan sebagai hari kelepasan am Sabah

KOTA KINABALU  : – Tarikh 30 Mac diwartakan sebagai hari kelepasan am sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong menerusi warta Kerajaan bertarikh 6 Mac lalu.

“Jadual Pemberitahuan Warta No. 221 tahun 2024 yang disiarkan pada 8 Ogos 2024 adalah dipinda dengan menggantikan perkataan ‘Sabtu’ dan ‘4 Oktober’ yang terdapat bersetentangan dengan ‘Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri’ dengan perkataan ‘Ahad’ dan ‘30 Mac’ masing-masing,” menurut warta Kerajaan itu di sini.

Pada 1 Januari lalu Tun Musa Aman melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu di sini.

Exit mobile version