Home Berita Mohd Fuad Bee pengarah SPRM baharu Sabah

Mohd Fuad Bee pengarah SPRM baharu Sabah

Majlis serah tugas – Karunanithy (kiri) kepada Mohd Fuad Bee (kanan) disaksikannya oleh Ahmad Khusairi (tengah).

KOTA KINABALU :  – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah berlangsung penuh istiadat di Auditorium, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah di sini pagi Selasa (6 Ogos).

Majlis ini menyaksikan penyerahan tugas secara rasmi daripada Datuk TPj Karunanithy a/l Y. Subbiah, JP kepada Datuk TPj Mohd Fuad Bee bin Basrah, JP yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah SPRM Sabah yang baharu.

Upacara serah terima disempurnakan di hadapan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri TKPj Ahmad Khusairi bin Yahaya, JP dan turut disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh bin Dikun.

Turut hadir sama majlis ialah Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, ketua-ketua jabatan PPDRM serta wakil agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah, serta pegawai-pegawai kanan SPRM.

PDRM Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk TPj Karunanithy atas segala sumbangan, dedikasi dan kepimpinan beliau sepanjang menerajui SPRM Sabah.

Ucapan tahniah dan selamat maju jaya turut diucapkan kepada YBhg. Datuk TPj Mohd Fuad Bee atas pelantikan sebagai Pengarah SPRM Sabah yang baharu.

Semoga amanah yang dipikul akan terus memperkasa integriti dan usaha membanteras rasuah di negeri ini.

Exit mobile version