Sabliron dan Felicia semasa kunjungan itu pada 3 Sept . Gambar IPD Ranau
RANAU : – Sekolah Kebangsaan Kituntul, Ranau telah menerima kunjungan mesra daripada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) IPD Ranau, Koperal Sabliron Sakimin.
Kehadiran PPS telah disambut mesra oleh Guru Besar SK Kituntul, Ranau, Felicia Gabriel.
Pertemuan serta perbincangan mereka berlangsung selama lebih kurang satu jam.
Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara PDRM dan warga sekolah, meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan jenayah, mendengar maklum balas berkaitan isu disiplin dan buli serta menunjukkan komitmen bersama dalam menjaga kesejahteraan murid-murid sekolah.
Setakat ini, pihak sekolah ini memaklumkan tiada sebarang maklumat dan permasalahan berkenaan isu jenayah di kalangan warga sekolah berkenaan.
Pihak sekolah amat menghargai keprihatinan dan sokongan berterusan daripada IPD Ranau.
Semoga kerjasama ini terus kukuh demi mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat, kondusif serta positif untuk murid-murid sekolah.
“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”