Dennison…Keberanian dan ketegasan Ewon melambangkan kepimpinan berprinsip.
KOTA KINABALU : – UPKO Bahagian Kota Kinabalu menyokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Ewon Benedick, Presiden UPKO, atas keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Kabinet Persekutuan.
Ketuanya Dennison R Indang berkata seluruh barisan pimpinan dan ahli bahagian menghormati dan menerima keputusan berani ini.
” Kami penuh yakin bahawa ia dibuat berdasarkan prinsip perjuangan sebenar serta semangat untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat Sabah, ” katanya dalam satu kenyatan hari ini.
Menurut Dennison, keputusan Presiden UPKO itu bukan sekadar tindakan politik, tetapi manifestasi keikhlasan dan ketegasan dalam mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan maruah rakyat Negeri Sabah.
“Sebagai Ketua Bahagian, saya menegaskan bahawa UPKO tidak akan berundur daripada memperjuangkan isu-isu asas berkaitan hak-hak Negeri Sabah, ” katanya lagi.
Beliau berkata ia termasuk pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengarahkan Kerajaan Persekutuan melaksanakan semakan semula Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 112C – 40% hasil yang dikutip dari Sabah bagi tempoh 1974 hingga 2021.
Katanta UPKO konsisten menuntut agar Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan mahkamah dan menunaikan tanggungjawabnya dengan adil serta telus.
Ini bukan tuntutan politik semata-mata, tetapi hak rakyat Sabah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan mesti ditegakkan demi masa depan negeri tercinta ini.
Keberanian dan ketegasan Ewon melambangkan kepimpinan berprinsip — sanggup berkorban demi maruah rakyat Sabah.
Saya menyeru agar pemimpin-pemimpin Sabah yang lain turut mencontohi keberanian ini, meletakkan kepentingan rakyat dan negeri melebihi kedudukan atau jawatan.”
“UPKO Bahagian Kota Kinabalu berdiri teguh di belakang Presiden dan akan terus memperjuangkan prinsip keadilan, autonomi, dan maruah rakyat Sabah dalam semangat “SabahFirst”, ‘ kata Dennison.



