Home Berita Terkini: Lewis Wong calon KDM di Inanam, Yabri Onos di Kemabong

Terkini: Lewis Wong calon KDM di Inanam, Yabri Onos di Kemabong

Lewis Wong ganti Datuk George Guntarik.

KOTA KINABALU : Parti KDM hari ini mengumumkan seorang lagi calon baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Sabah Ke-17 (PRU Sabah-17), sekali gus melengkapkan senarai 40 calonnya setakat ini.

Calon terbaharu itu ialah Yabri Onos yang akan mewakili parti di kerusi N.43 Kemabong. Pengumuman itu dibuat sehari selepas senarai awal membabitkan 39 calon diumumkan pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, KDM turut mengesahkan pertukaran calon di kerusi N.18 Inanam.

Parti sebelum ini menamakan Datuk George Guntarik, namun Pimpinan Tertinggi memutuskan untuk menampilkan Lewis Wong sebagai calon baharu bagi kerusi berkenaan.

Menurut Setiausaha Agung KDM, Willie Jude, pertukaran itu adalah sebahagian daripada strategi parti untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan menghadapi PRU Sabah-17.

“Keputusan ini dibuat selepas penelitian semula bagi memastikan setiap kerusi ditandingi calon paling sesuai dan berpotensi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Exit mobile version