Home Berita Norfadzlina Ramsah calon terbaik wakil rakyat baharu DUN Labuk

Norfadzlina Ramsah calon terbaik wakil rakyat baharu DUN Labuk

Norfadzlina…”Jika Sabah saya letakkan di bahu kanan, Labuk akan saya letakkan di bahu kiri dan akan saya pikul hingga ke DUN.”

Oleh Mohd Syukrie Johary

BELURAN : – Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) menyaksikan gelombang semangat tempatan yang dibawa oleh Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menerusi calon mereka kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk, Norfadzlina Ramsah.

Norfdzlina Ramsah calon wanita yang bersemangat tinggi itu sah bertanding kali pertama kerusi berkenaan berikrar untuk menjadi suara rakyat yang benar-benar memahami denyut nadi akar umbi, menjanjikan peralihan ketara dalam corak pentadbiran.

Calon muda daripada Kampunv Muanad, Belura ini mengakui masih mentah dalam politik, namun dimatangkan dengan semangat perjuangan yang tinggi sehingga mengatasi luar keupayaannya dalam arena politik yang janggal baginya untuk diterokai.

“Namun, dengan komitmen tinggi terhadap tanggungjawab yang bakal digalas, saya yakin mampu menunaikan tanggungjawab jika dipilih oleh rakyat pada pilihan raya ini.

“Jika Sabah saya letakkan di bahu kanan, Labuk akan saya letakkan di bahu kiri dan akan saya pikul hingga ke DUN,” katanya di temui, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dari rakyat kepada rakyat, dari lapangan ke DUN.

“Hantarlah saya di tempat yang saya boleh kerja untuk anda,” katanya.

Norfadzlina berkata, ini mencerminkan pendekatan yang pragmatik, di mana pengalaman bekerja di kalangan komuniti akan diterjemahkan menjadi tindakan dan polisi berkesan di DUN nanti.

Sehubungan itu, beliau mengajak pengundi Labuk bersama-sama melakar sejarah mengubah corak pentadbiran negeri tercinta.

Katanya, peluang itu cuma datang sekali dalam tempoh lima tahun dan jangan tunggu lima tahun lagi untuk mengubah kerana tidak mampu untuk menunggu tempoh panjang itu.

DUN Labuk berada dalam Parlimen Beluran, menjadi salah satu kerusi mencuri tumpuan dengan kehadiran lapan calon termasuk Norfadzlina dari UPKO
Walaupun sebahagian besar calon yang bertanding merebut kerusi itu nama besar termasuk calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Perikatan Nasional (PN), Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri), Parti Impian Sabah (PIS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan), beliau tidak gentar dengan cabaran besar itu.

Pengundi Labuk kini sedang menilai bukan sahaja parti, tetapi personaliti dan visi ditawarkan setiap calon untuk membawa perubahan dijanjikan.

Kempen Norfadzlina dijangka terus rancak, menumpukan kepada sesi dialog secara langsung bersama penduduk kampung.

UPKO sebagai parti tempatan yakin Norfadzlina adalah calon terbaik untuk merealisasikan aspirasi rakyat Labuk.

Exit mobile version