
PENAMPANG : – Jawatankuasa Ketua Pusat ( JkeP) Yayasan Usaha Maju (YUM) Cawangan Penampang telah menganjurkan Majlis Apresiasi YUM Cawangan Penampang 2025 baru baru ini.
Majlis yang julung kali diadakan itu adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas komitmen, usaha serta sokongan padu para usahawan dalam menjayakan program dan inisiatif yayasan.

Roseli (kiri) diiringi Arimah melawat pamersn hasil Usahawan YUM.
Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan YUM Roseli Sindong.
Turut hadir ialah Penolong Pengarah Urusan Kewangan dan Akaun Mohd Shazwan Afendy Tajudian Pengurus Dan Pembangunan Usahawan Daisy Livinu.
Juga hadir Pengurus Kawasan Barat Selatan Awang Yaccob Awang Jali, Pengurus Cawangan Penampang Timothy Harvey Lajanti, Pegawai Pinjaman Hashim Abu Bakar, serta para penyelia pinjaman.
Menurut Arimah Yaien, Pengerusi Jawatankuasa Ketua Pusat Cawangan Penampang merangkap Pengerusi Penganjur, majlis ini bertujuan menghargai peranan usahawan yang menjadi tunjang kejayaan YUM di peringkat komuniti setempat.
JkeP akan terus beraktivi sebagai pengisian Aktiviti tahunan .
Sebagai simbol penghargaan, Pengerusi Penganjur telah menyampaikan cenderahati kepada perasmi, yang terdiri daripada produk-produk keluaran usahawan di bawah bimbingan Yayasan Usaha Maju.



