Home Berita SMK Kota Marudu tempat keempat CIP kebangsaan

SMK Kota Marudu tempat keempat CIP kebangsaan

Pelajar SMK Kota Marudu yang menang tempat keempat Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah Peringkat Kebangsaan pada 20 hingga 22 Ogos lalu.p

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary 

KOTA KINABALU (Ahad 27 Ogos): Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu menang tempat keempat Cabaran Interaktif Pengguna (CIP) Kelab Pengguna Sekolah Peringkat Kebangsaan yang diadakan dari 20 hingga 22 Ogos lalu.

SMK Kota Marudu mewakili Sabah ke cabaran itu membabitkan 16 sekolah menengah dari seluruh negara. Pertandingan itu anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh, merasmikan pertandingan itu. 

KPDN dalam satu kenyataan menyifatkan kejayaan SMK Kota Marudu itu pencapaian terbaik sekolah dari Sabah ke pertandingan itu.

“Semoga kejayaan itu menjadi inspirasi serta pembakar semangat kepada pelajar lain terutama ahli kelab pengguna sekolah di Sabah. Tahniah kepada SMK Kota Marudu,” katanya.

NO COMMENTS

Exit mobile version