Home Berita Tangau bantu pesakit angin ahmar

Tangau bantu pesakit angin ahmar

Pergerakan Wanita dan Pemuda UPKO Tuaran bergotong-royong membersih dan membaiki rumah penduduk Kampung Dungun.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary 

TUARAN (Selasa 29 OGOS): Pergerakan Wanita dan Pemuda UPKO Tuaran bergotong-royong membersih dan membaiki rumah seorang pesakit angin ahmar Kampung Dungun, di sini, Isnin.

Kegiatan kemasyarakatan itu diadakan untuk membantu meringankan beban Johan Gabriel dan anaknya Muhammad Azmiel.

Johan tidak dapat bekerja kerana mengalami serangan angin ahmar, menyebabkan beliau hanya terlantar di rumah.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang hadir dalam program ini meminta pejabat khidmat parlimen Tuaran membantu menyelesaikan masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri Muhammad Azmiel.

“Aktiviti kemasyarakatan seperti ini wajar kerap diadakan untuk membantu penduduk kurang mampu.

“Pada masa sama, kita dapat mengetahui masalah yang dihadapi penduduk dan dapat mengambil tindakan membantu menyelesaikan kesusahan mereka. Contohnya, masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri Muhammad Azmiel,” katanya.

Tangau memberi jaminan pihaknya akan membantu menangani masalah dihadapi keluarga terbabit.

NO COMMENTS

Exit mobile version