Home Berita Pengarah JLog lawat bekas komander Sabah

Pengarah JLog lawat bekas komander Sabah

Para pegawai JLog melawat Kamaruddin.

KOTA KINABALU (Selasa 29 Ogos):  Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan melawat bekas Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia Pangkalan Sabahpesara ACP Kamaruddin Ismail di Hospital Queen 2, petang Isnin.

Kehadiran beliau bukan sahaja untuk menyampaikan sumbangan tetapi turut memberikan kata-kata semangat kepada Kamaruddin supaya tabah dan sentiasa sabar dalam menghadapi cabaran hidup.

Hadir sama, Pegawai Turus Pengangkutan JLog Sabah DSP Maria Bakar, Pegawai Turus Teknologi Sumber Maklumat JLog Sabah DSP Leo Sojie dan Ketua Bahagian Kepolisan Am PGU Sabah, ASP Aznitah Seliat. 

Sumber: Polis Sabah

NO COMMENTS

Exit mobile version