Home Berita APMM selamatkan 4 mangsa bot karam

APMM selamatkan 4 mangsa bot karam

Anggota APMM membantu menyelamat salah seorang mangsa bot karam dalam kejadian itu.

Oleh Nilam Raon

LAHAD DATU (Rabu 30 Ogos): Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan empat mangsa bot karam dalam kejadian di perairan Kampung Puyut Lahad Datu, di sini.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, sebuah bot pam berwarna biru yang dinaiki kesemua mangsa karam kira-kira jam 1 tengah hari Selasa.

Menurutnya, ketika kejadian, bot terbabit membawa empat penumpang iaitu tiga penumpang wanita bersama seorang kanak-kanak.

“Dipercayai kesemua mangsa tidak memakai jaket keselamatan dan kejadian terbabit berjaya dikesan oleh Bot Peronda APMM yang berada berhampiran kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jelasnya, kerja-kerja menyelamat mangsa terus dilaksanakan dan kesemua mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Sehubungan itu beliau menyeru komuniti maritim mengutamakan pemakaian jaket keselamatan ketika di laut atau tempat yang berpotensi berlaku bencana atau insiden melibatkan aktiviti air. 

NO COMMENTS

Exit mobile version