Home Berita Hajiji dan Juliah hadiri Majlis Persantapan Diraja Perkawinan Putera Mateen, Dayang Anisha

Hajiji dan Juliah hadiri Majlis Persantapan Diraja Perkawinan Putera Mateen, Dayang Anisha

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam di Balai Persantapan, Istana Nurul Iman pada Isnin.

Terdahulu, Hajiji dan Juliah menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada Ahad.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri R.M. Jasni.

Majlis gilang gemilang yang diadakan selama 10 hari bermula 7 Januari yang lalu diisi dengan pelbagai istiadat Diraja yang telah dilangsungkan sejak turun temurun. -Talantang 16 Januari 2024

NO COMMENTS

Exit mobile version