Home Berita Hajiji terima kunjungan MB Selangor

Hajiji terima kunjungan MB Selangor

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima cenderamata daripada Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Selasa.Gambar JKM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari dipejabatnya di Menara Sabah pada Selasa.

Amirudin mengetuai rombongan Kerajaan Negeri Selangor seramai 160 orang terdiri daripada exco-exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan, GLC, Pegawai-Pegawai Daerah mengadakan lawatan kerja 4 hari ke Sabah bermula 21 Januari 2024.

Hadir sama pada kunjungan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair dan Timbalan Peguam Besar Negeri (2), Puan Suzumaidah Haji Hussain.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbincang bersama Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Selasa. Gambar JKM

Rombongan Amirudin terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Setia Haris Kasim, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Dato’ Salim Soib dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Dr. Anmad Fadzli Tajuddin.

Amirudin juga menghadiri Program Jelajah Mahasiswa #KitaSelangor yang diadakan di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Selasa. – Talantang

Exit mobile version