Home Berita Warga emas dan cucunya 4 tahun rentung dalam kebakaran di Ranau

Warga emas dan cucunya 4 tahun rentung dalam kebakaran di Ranau

RANAU: Dua rentung termasuk seorang warga emas wanita dan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Matan di sini, malam Khamis.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 10.53 malam tadi (1 Feb).

“Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bergegas ke lokasi kejadian mendapati sebuah rumah telah terbakar 100 peratus, pihak bomba bertindak memadam api dengan mengguna dua aliran air dari jentera dan pili bomba berhampiran.

“Bagaimanapun, dalam kejadian kebakaran itu terdapat dua mangsa telah rentung ditemui dalam sebuah bilik rumah tersebut.

“Mangsa rentung seorang warga emas dikenali sebagai Jafflan Sigal, 60, dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dikenali sebagai Carla.

“Kedua-dua mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi terkawal pada jam 11.45 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

SEMENTARA itu di Kota Kinabalu, sebanyak empat buah rumah setinggan atas air musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Sembulan Tengah di sini awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 1.05 awal pagi tadi (2 Feb).

Sepasukan Bomba dari Balai Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian, api berjaya dikawal pada jam 1.45 pagi.

Exit mobile version