Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag turut berkesempatan memeriksa tekanan darah ketika melawat ruang pameran sempena sambutan Hari Kanser Sedunia 2024 di Astaka Padang Tuaran pada Ahad. – Gambar JKM
TUARAN: Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) diminta terus membantu untuk memperhebatkan lagi program kesedaran berkaitan kanser agar lebih ramai yang peka dengan penyakit itu di negeri ini.
Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, berkata kesedaran awal mengenai penyakit ini akan membantu pencegahan dapat diambil dengan segera.
“Kanser adalah penyebab kematian yang kedua terbesar di dunia. Oleh itu,pengesanan awal dapat memberi peluang yang terbaik kepada pesakit untuk sembuh.
“Dengan pelbagai jenis kanser seperti kanser payudara dan paru paru, saya berharap persatuan akan terus memperhebatkan program seperti ini, bukan hanya di bandar malah hingga ke luar bandar,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia 2024 di Astaka Padang Tuaran di sini pada Ahad.
Beliau berkata, usaha PSKS_ melaksanakan program ini sejak tahun 2017 pada setiap 4 Februari, amat dihargai dan sudah pasti telah banyak membantu memberi kesedaran mengenai penyakit kanser kepada rakyat di negeri ini.
“Seiring dengan tema sambutan Hari Kanser Sedunia tahun ini iaitu ‘
Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menyempurnakan gimik perasmian sempena sambutan Hari Kanser Sedunia 2024 di Astaka Padang Tuaran pada Ahad. – Gambar JKM
“Ini termasuk menyediakan tempat tinggal kepada pesakit kanser di rumah penginapan PSKS di Kingfisher Likas, meminjamkan peralatan seperti mesin oksigen, kerusi roda, hospital bed serta menyumbang susu khas kepada pesakit kanser yang memerlukan.
“Usaha seperti ini dapat membantu pesakit kanser yang tidak berkemampuan. Oleh itu, saya menyeru agar lebih ramai pihak termasuk orang perseorangan dan sektor swasta tampil untuk membantu usaha PSKS ini,” katanya. – Talantang