Home Berita Hazani santuni anggota baharu yang akan bertugas di IPK Sabah

Hazani santuni anggota baharu yang akan bertugas di IPK Sabah

Hazani (enam kanan) merakam gambar berkumpulan bersama anggota polis berkenaan di KLIA. Gambar PDRM

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), Datuk Sri Hazani Ghazali menyantuni dan beramah mesra dengan sekumpulan anggota polis baharu yang akan bertugas di IPK Sabah.

Beliau sempat memberi nasihat dan berbual dengan anggota berkenaan, sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Kinabalu kelmarin.

Hazani (dua kiri) beramah mesra dengan sekumpulan anggota polis baharu yang akan bertugas di IPK Sabah, sebelum berlepas dari KLIA. Gambar PDRM

Hazani mula berkhidmat dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1987 dan diberi kepercayaan melaksanakan pelbagai penugasan.

Antaranya termasuk operasi khas membanteras kegiatan jenayah, penyeludupan, rompakan dan aktiviti jenayah lain, serta operasi memberkas pengganas.

Atas kecemerlangan itu, beliau kemudian diberi amanah menggalas tugas sebagai Komander ESSCOM sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah pada 2020.

Mulai tahun 2021,  Hazani dilantik sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman (KDNKA) Bukit Aman, di mana beliau berjaya membuktikan kecemerlangan, termasuk menjalin hubungan dengan negara luar. – PDRMsia_official

Exit mobile version