Home Berita Lebih 35,000 mohon jawatan inspektor –  Saifuddin

Lebih 35,000 mohon jawatan inspektor –  Saifuddin

PUTRAJAYA Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lebih daripada 35,000 permohonan bagi mengisi jawatan inspektor polis untuk pengambilan terbaharu.

Menurut beliau, walaupun sejak akhir-akhir ini terdapat pelbagai laporan berhubung isu pelanggaran disiplin dilaporkan membabitkan anggotanya, namun minat orang awam terutamanya terhadap pasukan berkenaan masih tinggi.

“Saya nak sebut di sini, pengambil terbaharu sekarang untuk jawatan inspektor hampir 35,000 hingga 40,000 pemohon, yang kita nak ambil itu sangat kecil bilangannya, saya tidak ingat (jumlah).

“Di satu sisi kita kata bahawa cerita tentang pelanggaran disiplin dan segala macam mengenai polis, tetapi bila perjawatan itu wujud, permohonan itu terlalu besar.

“Ini menunjukkan bahawa minat terhadap pasukan polis masih tinggi, kepercayaan masyarakat terhadap institusi ini penting. Lainlah kalau kekosongan itu 3,000 tapi yang memohon 500, (itu) kami bermasalah, namun ia tidak berlaku dan ini adalah fakta yang jarang dikongsi,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini, semalam. PDRMsia_official

Exit mobile version