Ketua Polis Dearah Tuaran, Noraidin Awang Maidin.
Oleh Hardy Joe
TUARAN: Orang ramai di daerah ini diminta menghentikan sementara semua kegiatan rekreasi dan perkelahan di sungai, tepi pantai dan kawasan berisiko membahayakan nyawa ketika musim tengkujuh.
Ketua Polis Dearah Tuaran, Supertinden Noraidin Awang Maidin, berkata orang ramai terutama ibu bapa hendaklah sentiasa memantau pergerakan anak mereka bagi mengelak tragedi tidak diingini berlaku.
Selain itu, beliau mengingatkan orang ramai sentiasa peka dengan nasihat dan amaran agensi keselamatan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
Noraidin berharap semua pengusaha pusat pelancongan di Tuaran juga memastikan kegiatan rekreasi yang mereka kendalikan mengutamakan aspek keselamatan.