KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Hajiji Noor mengiringi Yang diPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-265 di Istana Negara, hari ini pada Khamis.
Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu bermula pada Rabu. Pada Selasa lalu, Ketua Menteri telah menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-142 di Perdana Putra di Putrajaya.