Home Berita Sukan KB Kids juara bolasepak wanita 7-sebelah Alakis FT

KB Kids juara bolasepak wanita 7-sebelah Alakis FT

MANGGATAL: Pasukan KB Kids daripada Kota Belud dinobatkan sebagai juara Bolasepak Wanita 7-Sebelah Sistem Liga anjuran Alakis FT Lobou 1 disini baru baru ini.

Pengerusi pengganjur Arimah Yaien berkata seramai lima pasukan mara ke pusingan akhir pertandingan yang diadakan di Padang Lobou 1, Manggatal.

Naib johan ialah Pasukan Hot Bebeh daripada Tamparuli Mix ,manakala tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Pinupuk Opokot (Mix Kota Kinabalu).

Pasukan ke empat ialah Pasukan Inspirasi Mix Lobou (Mix players DUN Inanam) dan Pasukan Tongod FC daripada Papar tempat ke lima.

Arimah, yang juga seorang referee dan jurulatih negeri bolasepak wanita, berkata Alakis FT adalah adalah sebuah Team yang diangotai wanita seramai 10 orang yang menggemari aktiviti sukan riadah dan gemar berkomuniti.

Alakis FT tujuan penganjuran adalah ..
1.Beraktiviti sambil Beriadah
2.Salasatu Riadah Sihat
3.Mengeratkan silaturahim
4.Mengumpul Dana untuk membantu Belia/Beliawanis yang tidak bernasib baik. (Contohnya yang telah mengalami kecelakaan, kemalangan,serta ibu tunggal kurang berkemampuan.

“Pertama sekali saya sangat bersyukur kerana sebelum dan sepanjang anjuran Alakis FT berjalan dengan sangat lancar, bersama penduduk dan para Belia/Beliawanis dikampung Lobou 1 Manggatal, ” kata Arimah.

Katanya, aktiviti yang telah diadakan pada kali ini bukannya aktiviti yang pertama bagi team Alakis FT, aktiviti ini pemula langkah bagi tahun 2024

Aktiviti Alakis FT ini telah disertai oleh belia dan beliawanis Kampung Lobou 1,terlibat secara langsung daripada penyediaan sehinggalah selesai.

Arimah juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah penyumbang dana.

Katanya diantara yang memberi sumbangan ialah MP Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud, Setiausaha Politik Ketua Menteri Datuk Dr Roland Chia, PPM Inanam Datuk William Majinbon, Ketua Daerah Kota Kinabalu Edna Majimbun, UPPM Pusat Fredolin Bangon dan CDO Lister, CDO Nickho Unui ,KP Albert Jumitih serta rakan rakan seperjuangan.

Takwim Tahunan yang Akan dilaksanankan diantaranya
Akan mengadakan klinik Asas bola sepak 12 tahun kebawah,kursus Asas Penggadil dan kursus Asas kejurulatihan 15 tahun keatas dan bawah 21 tahun .

Exit mobile version