Home Berita Kopolisan komuniti KPM dan PDRM pada program โ€˜1st Day back to school...

Kopolisan komuniti KPM dan PDRM pada program โ€˜1st Day back to school โ€˜

KUDAT: Ketua Polis Daerah Kudat Supt Mohd Harris Haji Ibrahim telah menghadiri Permuafakatan KPM bersama PDRM Program 1๐˜ด๐˜ต ๐˜‹๐˜ข๐˜บ ๐˜‰๐˜ข๐˜ค๐˜ฌ ๐˜›๐˜ฐ ๐˜š๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ญ di Sekolah St. Peter Kudat, awal pagi tadi.

Program โ€˜ ๐˜‰๐˜ข๐˜ค๐˜ฌ ๐˜›๐˜ฐ ๐˜š๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ญ โ€˜ merupakan inisiatif yang dilaksanakan secara kolektif antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ini diadakan pada hari pertama sesi persekolahan dibuka setiap tahun.

Objektif Program adalah meningkatkan keyakinan pihak sekolah bahawa PDRM komited dalam memastikan keselamatan warga sekolah.

Ia juga bertujuan mewujudkan hubungan mesra dan kolaboratif yang lebih mantap antara sekolah dan PDRM melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

Usaha ini diharap dapat mencegah salah laku murid sekolah daripada terlibat dengan kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral. PDRM Kudat

Exit mobile version