Home Berita Ujian siren sistem amaran tsunami Malaysia di IPD Kudat

Ujian siren sistem amaran tsunami Malaysia di IPD Kudat

KUDAT: Pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) yang dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) amat penting dalam usaha mengurangkan impak kemusnahan jika berlaku bencana seperti tsunami.

Ketua Polis Daerah Kudat Supt Mohd Haris Haji Ibrahim turut hadir menyaksikan ujian siren ini.

Tujuan ujian siren ini diadakan sebagai langkah awal supaya penduduk sentiasa berwaspada dan bersedia untuk beredar serta berkumpul di tempat yang selamat.

SAATNM diwujudkan bagi memberi amaran awal jika berlaku bencana tsunami atau gempa bumi. Ia mempunyai tiga komponen utama iaitu komponen pengumpulan data dan maklumat, komponen pemprosesan serta komponen penyebaran.

Sistem itu digabungkan dengan sistem amaran awal bencana lain seperti amaran cuaca buruk dan amaran laut bergelora.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA – PDRM Kudat

Exit mobile version