Home Berita Seorang maut dalam kemalangan di Bukit Mengidam

Seorang maut dalam kemalangan di Bukit Mengidam

BELURAN: Seorang pemandu kenderaan Perodua Axia maut apabila berlanggar dengan sebuah lori, di Bukit Mengidam Jalan Sapi Nangoh/Paitan, di sini, petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5:26 petang itu, seorang lelaki tempatan, 37 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Bin Muda, berkata siasatan awal mendapati mangsa memandu Perodua Axia sedang dalam perjalanan dari arah Paitan balik ke kediamannya di Kampung Bangau-Bangau.

“Sebaik tiba di lokasi kawasan selekoh, mangsa telah memasuki lorong bertentangan dan telah bertembung dengan sebuah lori, pemandu lori yang berumur 35 tahun.

Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan telah meninggal di tempat kejadian ” katanya ketika dihubungi.

Kasim berkata, “Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Beluran untuk Bedah siasat manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan telah di bawa ke IPD Beluran untuk membantu siasatan.”

“Pihak IPD Beluran menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Exit mobile version