Home Berita Wartawan Bernama Sandakan Nur Adika Bujang ditemui meninggalkan dunia

Wartawan Bernama Sandakan Nur Adika Bujang ditemui meninggalkan dunia

SANDAKAN: Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur Adika Bujang, 45, ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Taman Perumahan IJM, Batu 6 di sini tengah hari tadi
Ibunya Nafsiah Bubin ketika dihubungi, mengesahkan pemergian Allahyarham dan reda dengan perkara itu.
“Allahyarham anak yang baik dan selalu membantu keluarga,” katanya yang turut memberitahu jenazah akan dibawa untuk dikebumikan di Kota Kinabalu.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin yang mewakili seluruh warga Bernama, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Nur Adika.
“Kami terkejut dengan berita pemergian Allahyarham dan mendoakan agar roh dicucuri rahmat Allah.”Bernama akan membantu keluarga Allahyarham dalam urusan membawa pulang jenazahnya ke Kota Kinabalu,” katanya.Beliau berkata Nur Adika merupakan petugas yang cemerlang dengan penulisan dwibahasa dan kreatif, ia terbukti dengan tiga kali penganugerahan iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2014 dan 2020 serta 2023.Nur Adika telah berkhidmat dengan Bernama sebagai wartawan hampir 20 tahun sejak 31 Okt 2005 dan pada 1 Jan 2019 beliau dilantik sebagai Pewarta Sandakan.

Sumbar — Bernama

dunia
Nur Adika ….. telah berkhidmat dengan Bernama sebagai wartawan hampir 20 tahun.

SANDAKAN: Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur Adika Bujang, 45, ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Taman Perumahan IJM, Batu 6 di sini tengah hari tadi.
Ibunya Nafsiah Bubin ketika dihubungi, mengesahkan pemergian Allahyarham dan reda dengan perkara itu.
“Allahyarham anak yang baik dan selalu membantu keluarga,” katanya yang turut memberitahu jenazah akan dibawa untuk dikebumikan di Kota Kinabalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin yang mewakili seluruh warga Bernama, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Nur Adika.
“Kami terkejut dengan berita pemergian Allahyarham dan mendoakan agar roh dicucuri rahmat Allah.

“Bernama akan membantu keluarga Allahyarham dalam urusan membawa pulang jenazahnya ke Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata Nur Adika merupakan petugas yang cemerlang dengan penulisan dwibahasa dan kreatif, ia terbukti dengan tiga kali penganugerahan iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2014 dan 2020 serta 2023.

Nur Adika telah berkhidmat dengan Bernama sebagai wartawan hampir 20 tahun sejak 31 Okt 2005 dan pada 1 Jan 2019 beliau dilantik sebagai Pewarta Sandakan.

Sumbar — Bernama

Exit mobile version