Vivian (tengah) merakam gambar bersama kakitangan hospital yang menerima bantuan bangku kayu panjang.
MP Sandakan sumbang bangku kepada HDOK
SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee memberi sumbangan lima bangku kayu yang panjang untuk kegunaan orang ramai dan pesakit di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan baru-baru ini.
Sumbangan itu diberi melalui dana ahli parlimen bertujuan menambah bangku untuk kemudahan orang ramai di sana.
Bangku diserahkan kepada Pengarah HDOK, Dr Fahmie Othman untuk menggantikan bangku using dan yang rosak.
Banyak bangku di klinik pakar di Tingkat 3 hospital itu telah rosak dan perlu diganti dengan segera.
Sebelum diganti, wakil Vivian melihat sendiri keadaan itu dan menempah tukang untuk membuat bangku kayu mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh hospital.
“Kami harap kemudahan itu akan dapat menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk pengunjung dan pesakit yang datang ke hospital itu,” katanya.
Pejabat Parlimen Sandakan jelasnya sentiasa berhubung dengan pihak hospital dan akan menambahbaik kemudahan melalui peruntukan dananya untuk keperluan yang paling asas dan mengemas kini peralatan hospital seperti penghawa dingin, kipas dan peralatan perubatan.
Vivian menambah, beliau akan terus menyuarakan kepada kerajaan pelaksanaan awal pelan menaiktaraf HDOK agar penduduk Sandakan boleh mendapat perkhidmatan serta rawatan terbaik.