Home Berita Denda RM10 Ribu, 2 tahun penjara jika halang polis pengiring wajar: KPN

Denda RM10 Ribu, 2 tahun penjara jika halang polis pengiring wajar: KPN

KUALA LUMPUR: Pindaan Seksyen 21 Akta Polis 1967 berhubung hukuman terhadap individu menghalang tugas polis pengiring di jalan raya dianggap wajar dilakukan.

Pindaan baharu ke atas Seksyen 21 berkenaan menetapkan individu yang menentang atau melanggar arahan polis pengiring boleh didenda sehingga RM10,000 serta penjara sehingga dua tahun berbanding hukuman RM200 dan dua bulan penjara sebelum ini.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berpendapat pindaan itu adalah wajar dan mempunyai keperluan untuk dilaksanakan.

“Hukuman bagi Seksyen 21 ini dinaikkan sama juga seperti menghalang penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Pada saya, sebenarnya Seksyen 21 ini kita (polis) jarang sangat gunakan sebab kita mempunyai Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Jadi, tiada masalah jika Seksyen 21 ini dipinda. Kita akan pakai dua-dua dan ikut mana yang lebih baik dan afdal. Memang ia ada keperluan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur, di sini, pada Jumaat. – PDRMsia_Official

Exit mobile version