Home Berita Syarikat Brunei umum pembinaan HSR hubungkan Kalimantan, Sarawak, Brunei, Sabah

Syarikat Brunei umum pembinaan HSR hubungkan Kalimantan, Sarawak, Brunei, Sabah

Projek tersebut melibatkan dua fasa dengan anggaran perjalanan setiap stesen ambil masa 30 minit

KUALA LUMPUR – Syarikat Brunei, Brunergy Utama Sdn Bhd mengumumkan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang akan menghubungkan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah.

Menerusi laman sesawang syarikat itu, projek Trans-Borneo Railways (TBR) itu bakal mengubah landskap pengangkutan di Borneo dengan landasan sepanjang 1,620 kilometer (km).

Berkelajuan 300 hingga 350km sejam, projek tersebut akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan jarak purata antara stesen yang akan dibina adalah 150km.

Menurut Brunergy, anggaran purata perjalanan antara stesen hanya memakan masa 30 minit.

Fasa pertama akan bermula di Pontianak dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah.

Projek TBR yang memiliki landasan sepanjang 1,620 kilometer bakal menghubungkan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah. – Gambar Brunergy Utama, 31 Mac, 2024

Laluan fasa itu membabitkan Kota Kinabalu, Kimanis/Papar, Beaufort, Sipitang, Lawas, Bangar, Limbang, Bukit Panggal, Miri, Bintulu, Sibu, Sri Aman, Kuching, Sambas, Singgawang, Mempawah dan Pontianak.

Sementara Fasa Kedua pula akan melibatkan Kalimantan Utara dan Timur untuk menghubungkan laluan utama dengan bandar terbesar Borneo, Samarinda, dan kemudiannya ibu negara Indonesia baharu, Nusantara.

Laluannya adalah Long Seridan, Bekalalan, Long Bawan, Malinau, Tanjung Selor, Tandjungredeb, Pengadan, Lubuk Tutung, Bontang, Samarinda dan Balikpapan.

Kedua-dua laluan akan bersambung di daerah Tutong di Brunei yang terletak di lokasi strategik, berfungsi sebagai hab pusat TBR. – Scoop

Exit mobile version