Home Berita 1,500 Rumah SMJ siap dibina untuk KIR Miskin Tegar – Samad Jamri

1,500 Rumah SMJ siap dibina untuk KIR Miskin Tegar – Samad Jamri

KOTA KINABALU: Laporan terkini pembinaan Rumah Mesra Sabah Mahu Jaya (SMJ) menunjukkan sebanyak 1,500 buah telah siap dibina sepenuhnya dan baki 1,500 buah lagi dalam proses pembinaan.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah Datuk Samad Jamri berkata, tahun mula pelaksanaan pembinaan Rumah Mesra SMJ ini pada tahun lalu (2023) dengan setiap Dewan Undangan Negeri diperuntukkan 20 buah rumah.

“Program ini akan terus dilaksanakan pada tahun ini dengan jumlah yang sama 1,500 buah rumah lagi dengan jumlah keseluruhannya sebanyak 3,000 buah rumah untuk penerima golongan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar miskin dan B40,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid An-Nur Tuaran pada Jumaat lepas menyatakan penubuhan sekretariat SMJ yang ditugaskan bersama KPLB Sabah menangani isu kemiskinan, antaranya melaksanakan pembinaan 3,000 Rumah Mesra SMJ.

Exit mobile version