Home Berita Majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kinabatangan

Majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kinabatangan

KINABATANGAN: Pagi Isnin berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kinabatangan antara ASP Pengiran Mohammad Zamri bin Pengiran Omar dan P/Supt Ravi A/L Duraisamy dengan disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh bin Dikun bertempat di Dewan Serbaguna IPD Kinabatangan.

Majlis dimulai dengan kata-kata aluan pengacara majlis, nyanyian lagu ‘NegaraKu’, nyanyian lagu ‘Sabah Tanah AirKu’ dan nyanyian Sang Saka Biru. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa, sesi pemakaian pangkat kepada P/Supt Ravi A/L Duraisamy, sesi menandatangani dokumen serah terima tugas Ketua Polis Daerah, sesi menandatangani dokumen serah terima tugas Pengerusi PERKEP IPD Kinabatangan dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Sabah, YBhg Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, ucapan Ketua Polis Daerah Kinabatangan, ucapan Datuk PJP Sabah, penyampaian cenderahati nyanyian lagu ‘Polis Sedia Berkhidmat’ dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Turut hadir ialah Ketua-Ketua Polis Daerah, pegawai-pegawai kanan polis, pegawai-pegawai rendah polis, pegawai awam dan ahli-ahli PERKEP IPD Kinabatangan.

Exit mobile version