Home Berita Bot bersama lori disita, pindah 10,000 liter diesel haram di Tawau

Bot bersama lori disita, pindah 10,000 liter diesel haram di Tawau

Kepten Shahrizan Raman

𝗧𝗔𝗪𝗔𝗨 : Sebuah bot tunda bersama sebuah lori tangki disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak tanpa haram berjumlah 10,000 liter ditahan di perairan Tanjung Batu, di sini, pada Rabu.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kesemua suspek ditahan membabitkan seorang ketua kapal warga Myanmar bersama empat awak-awak kapal merupakan dua warga Indonesia serta seorang penduduk tempatan.

Katanya, kesemua suspek berumur 32 hingga 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan termasuk seorang pemandu lori warga tempatan.

“Pemeriksaan dokumentasi  mendapati tiada sebarang dokumen berkaitan aktiviti pemindahan minyak yang dilakukan suspek ketika ditahan di jeti Komsa Tg. Batu jam 2.10 pagi.

“Bot tunda bersama Lori tangki tersebut kemudian ditahan disiasat dibawah mengikut Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 selepas didapati menjalankan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Shahrizan berkata, nilai rampasan membabitkan bot tunda, lori tangki serta muatan dianggarkan bernilai  hampir RM250,000.

“Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan setiap masa bagi memastikan semua mematuhi peruntukan undang-undang di zon maritim negara ini.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat sebarang aktiviti jenayah ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999 beroperasi selama 24

Exit mobile version