Home Berita Hajiji lancar Pesta Kaamatan di Dewan Masyarakat Ranau 1 Mei – Dr...

Hajiji lancar Pesta Kaamatan di Dewan Masyarakat Ranau 1 Mei – Dr Jeffrey

Dr was Jeffrey…..tema bagi tahun ini ialah Kaamatan Beyond Food Security, Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan, Kaamatan, Poingalib Kohimaganan Takanon

KOTA KINABALU: Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Peringkat Negeri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, dalam sidang media pada Jumaat  berkata Pesta Kaamatan akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor pada 1 May di Dewan Masyarakat Ranau.

“Pada 30 haribulan nanti, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negara Sabah akan merasmikan Pesta Kaamatan, dan pada 31 haribulan, perasmi ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Di sepanjang bulan Mei, pesta-pesta kaamatan akan diadakan di peringkat daerah-daerah dan termasuklah peringkat negeri-negeri di Semenanjung.

“Jadual sambutan Pesta Kaamatan di setiap daerah telahpun ditetapkan dan kemuncak kaamatan pada 30 dan 31 Mei akan tetap diadakan di Hongkod Koisaan,” katanya.

Menurutnya kaamatan itu boleh dikenali sebagai Kaamatan National dan berharap ia akan lebih menyeluruh di masa-masa akan datang.

Sementara itu International Cultural Dialog akan diadakan pada 21 Mei yang juga merupakan permulaan Kaamtan International Week, dan Hari Biodiversiti Sedunia juga diadakan pada 22  Mei.

“Pada 21 Mei, kita menjangkakan kehadiran pemimpn-pemimpin masyarakat pribumi di seluruh Borneo iaitu dari provinsi-provinsi di Kalimantan dan juga Sarawak,

“Di samping itu, pada 22 Mei , bersamaan Hari Biodiversiti Sedunia, kita juga telah menjemput ‘speakers’ (penutur) yang berkaitan daripada kedutaan Eropah, mungkin juga dari Rusia, Australia, USA dan sebagainya,

“Kaamatan kini telah berubah wajah daripada hanya dirayakan di perkampungan kepada satu acara tahunan nasional secara global, kerana pada masa kaamatan nanti seperti dalam acara dialog, kita akan diubungkan kepada rakyat Sabah yang terserak di Australia, Netherland dan Amerika Syarikat,

“Ini dipermudahkan dengan teknologi modern, dan kita mengalu-alukan perkembangan ini, tetapi asasnya masih sama iaitu untuk meraikan kejayaan dan mengucap terimakasih kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana berkat setahun penghasilan kerja-kerja kita, bukan sahaja dari segi hasil padi atau pertanian tetapi hasil-hasil kerja-kerja yang lain, sebab tuaian itu bukan di atas tanah sahaja,” jelasnya.

Katanya tema bagi tahun ini ialah Kaamatan Beyond Food Security, Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan, Kaamatan, Poingalib Kohimaganan Takanon – yang menunjukkan keterjaminan makanan sebagai agenda utama di peringkat nasional dan negeri, namun kaamatan lebih daripada isu makanan.

“Kaamatan juga adalah satu saluran menyatupadukan rakyat kita iaitu saluran perpaduan untuk mengeratkan silaturahim di antara kita, keluarga, kaum dan sebagainya,

“Ia juga merupakan satu produk pelancongan dan pada masa yang sama kita juga mempromosi sukan tradisi, kebudayaan, termasuk makanan dan minuman tradisi, pameran-pameran yang berasaskan budaya dan tradisi kita di seluruh Borneo, ia melangkaui keterjaminan makanan,” katanya.

Tambahnya lagi, ia juga merupakan peluang kepada para pelabur untuk datang maka dengan itu ia menjadi saluran untuk memperomosikan “trade and investment” (perdagangan dan pelaburan) kepada Sabah.

Oleh itu katanya tema Kaamatan Beyond Food Security atau Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan amat tepat kerana menekankan keterjamin makanan tetapi pada masa yang sama ia lebih daripada itu.

Exit mobile version