Home Berita Panggilan pemeriksaan dan ujian kecergasan fizikal konstabel polis

Panggilan pemeriksaan dan ujian kecergasan fizikal konstabel polis

BUKIT AMAN: Calon-calon yang telah mengisi permohonan dan menyemak status panggilan pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan dan larian 2.4 kilometer untuk jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Awam (Lelaki dan Wanita) pada 16 Oktober hingga 3 November 2023 dikehendaki hadir ujian pemeriksaan fizikal mulai 6 hingga 21 Mei 2024 di lokasi yang telah ditetapkan.

Perubahan pusat pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan hanya melibatkan pertukaran tempat dari Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau dan Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Manakala bagi lokasi Pasukan Gerakan Am Semenyih, tarikh pemeriksaan diubah daripada 10 Mei 2024 (Jumaat) kepada 12 Mei 2024 (Ahad).

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi talian 03-2266 8347/8348/8350/8351 seperti yang tertera di laman Instagram dan Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM.

Sumber: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

Exit mobile version