Home Berita Umat Islam perlu saling bermuafakat, bersatu

Umat Islam perlu saling bermuafakat, bersatu

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin diiringi Ketua Menteri, Hajiji Noor menyampaikan anugerah Tokoh Ma’al Hijrah kepada Yang Dipertua USIA Sabah, Datuk Haji Sapawi Ahmad sempena sambutan Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah 1445H/2023M pada Rabu. 

KOTA KINABALU: Umat Islam perlu sentiasa bersatu padu, berganding bahu dan saling bermuafakat atas semua isu dan masalah yang dihadapi dalam dunia yang penuh mencabar pada hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, berkata sambutan Maal Hijrah seperti ini bukan semata-mata menyambut kedatangan tahun baharu sahaja, tetapi lebih kepada penghayatan sebuah perjuangan demi menegakkan keadilan dan memperhebatkan syiar Islam dan membina ukhuwah dalam kalangan umatnya.

“Dunia pada hari ini bukan lagi seperti di zaman Rasulullah SAW. Jika dibandingkan tempoh tiga atau empat dekad yang lalu, keadaan amat berbeza. Kemajuan ilmu pengetahuan dan era ledakan teknologi maklumat yang canggih semakin hebat zaman ini.

“Ini menjadikan suasana kehidupan sudah jauh berubah. Hari ini kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam politik, ekonomi, masalah sosial, kesihatan, alam sekitar, bekalan makanan dan Islamofobia,” katanya di Majlis Perhimpunan Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri di Dewan Sa’adah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), pada Rabu.

Sehubungan itu, Hajiji mahu umat Islam untuk bersatu-padu, berganding bahu dan saling bermuafakat atas apa jua isu dan permasalahan yang dihadapi.

Kerjasama dan permuafakatan katanya, melahirkan perpaduandan kekuatan. Jika kita kuat kita mudah menang dan mencapai kejayaan.

Turut hadir Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Beliau berkata, dunia Barat tidak akan berhenti merekacipta pelbagai tohmahan untuk memburukkan imej Islam, termasuk mengadu-domba negara-negara yang didominasi
oleh umat Islam.

NO COMMENTS

Exit mobile version