KOTA KINABALU: Ketua Staf Bahagian Operasi Darat Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) SAC Datuk Chandrasehkaran Muthu meninggal dunia pada pagi Sabtu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun mengesahkan perkara itu dan berkata mayat Chandra telah dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas untuk bedah siasat.
Beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu dari 2014 hingga 2018.
Chandra meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan.
Menurut sumber, Chandra mempunyai rekod penyakit jantung.
Pengurusan mayatnya akan dilaksanakan oleh Cawangan Kebajikan dan PERKEP IPK Sabah.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga mendiang SAC Datuk Chandrasehkaran Muthu.
Mendiang yang berumur 56 tahun merupakan Ketua Staf Operasi Darat, Eastern Sabah Security Command sejak 5 Mei 2020 sehingga kini.
Jenazah mendiang akan dibawa ke Wisma Fook Lu Siew, Jalan Percetakan Baru, Kota Kinabalu, Sabah untuk majlis penghormatan terakhir pada hari Isnin, 3 Jun 2024 bermula jam 9.00 pagi.
Semoga seluruh ahli keluarga mendiang tabah dan sabar menghadapi ketentuan takdir. – PDRMsia_Official