Home Berita Francis Chong dilantik Presiden Majlis Perbandaran Penampang

Francis Chong dilantik Presiden Majlis Perbandaran Penampang

Joachim (tengah) menyampaikan watikah pelantikan Presiden MPP kepada Francis Chong sambil disaksikan Dr Jamili (kiri).

KOTA KINABALU: Francis Chong Yu Shing dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Penampang (MPP).

Watikah pelantikan Presiden MPP itu disampaikan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam pada majlis yang diadakan Wisma Innoprise, di sini, hari ini.

Francis Chong akan memulakan perkhidmatan pada 1 Ogos ini.

Francis Chong, 59, memiliki pengalaman meluas selama 37 tahun dalam sektör perkhidmatan awam. Sebelum menjadi Pegawai Daerah Penampang, beliau pernah memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) di Pejabat Daerah Kudat dan mengetuai daerah kecil sebagai Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong.

Dr. Joachim berharap Francis bersama jentera kerja Majlis Perbandaran Penampang (MPP) akan meningkatkan kerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Penampang dan turut menyatakan bahawa MPP mendapat sokongan kuat daripada Kementerian.

MPP dijangka akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada bulan Oktober tahun ini.

Joachim (duduk, tengah) bersama Dr. Jamili (duduk, kiri) dan Francis bergambar bersama dengan penerima watikah pelantikan dan semua yang hadir dalam majlis itu.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Timbalan Presiden, Noemi Deyna Johntren; Setiausaha, Robert Malangkig dan Timbalan Setiausaha, Andresia A. Lojingau.

Hadir sama dalam majlis ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Jamili Nais; Timbalan Setiausaha Tetap I, Stanley Chong; Timbalan Setiausaha Tetap II, Faridah Giau; dan Setiausaha Rendah (Pembangunan), Johnny Samson.

Exit mobile version