SANDAKAN: Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Mohd Azhan membuat Lawatan Kerja ke Politeknik Sandakan baru baru ini.
Beliau diiringi oleh Pegawai-Pegawai KPT dan JPPKK.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat aset dan fasiliti Politeknik Sandakan Sabah bagi tujuan penambahbaikkan untuk kemudahan para pelajar.
Semasa berada di Politeknik Sandakan, Azhan sempat melawat Bengkel Pemprosesan Makanan dan bersetuju utk menambah baik infrastruktur dan fasiliti ini bagi kemudahan pelajar.
Azhan berpesan kepada warga Politeknik Sandakan supaya teruskan komitmen dalam mendidik anak-anak bangsa kita supaya mereka lebih maju ke hadapan di masa akan datang.
Turut hadir bersama Patrick Majatig Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Tinggi Azlinda Azman, Setiausaha Bahagian Pembangunan Pendidikan Tinggi, dan Abid, Ketua Audit Dalam Kementerian Pendidikan Tinggi.
Semoga lawatan ini memberi impak yang besar kepada warga Politeknik Sandakan Sabah dengan memberi fokus kepada kebajikan para pelajar.