KOTA KINABALU : – Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata minat anak muda kita terhadap pendidikan sememangnya berterusan dan tidak terbatas.
Menurutbya bukti jelas apabila wakil pelajar daripada Kelab Kejuruteraan Awam (Civil Engineering Club, CEC) UMS, Amanda Jasmin, datang berjumpa dengannya saya bagi membentangkan program yang mereka akan adakan.
Menurutnya, ini adalah program baharu yang dinamakan The 1st IET Malaysia Borneo Summit, di bawah Civil Engineering Club (CEC) sesi 2023/2024.
Program ini dijalankan pada cuti semester bagi sesi pengajian semester 2 sesi 2023/2024.
Tujuan program berkenaan adalah untuk memperkuat hubungan dengan pelajar UTHM melalui pelbagai aktiviti yang berteraskan inisiatif Corporate Social Responsibility (CSR).
“Saya amat menyokong penuh inisiatif orang muda kita ini,” kata Madius.
Semangat dan dedikasi mereka dalam menganjurkan program seperti ini membuktikan bahawa mereka berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka, di samping memberi impak positif kepada masyarakat.