Home Berita Frankie Poon menyumbang peralatan muzik kepada Sekolah Vision Sandakan

Frankie Poon menyumbang peralatan muzik kepada Sekolah Vision Sandakan

SANDAKAN : – Datuk Poon Ming Fung @ Frankie telah menyumbangan peralatan muzik kepada Sekolah Vision Sandakan pada Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.56 Tanjong Papat itu berkata ini sebagai sebahagian daripada inisiatif beliau untuk memupuk perkembangan seni dan kreativiti di kalangan pelajar sekolah itu.

Sumbangan 18 buah peralatan muzik ini termasuk violin, cello dan 8 tempat letak buku muzik, yang akan digunakan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran muzik di sekolah tersebut.

Poon berharap sumbangan ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam aktiviti seni dan budaya, serta membantu mereka untuk mengembangkan bakat muzik yang mungkin ada dalam diri mereka.

Poon berkata, “Pendidikan bukan hanya mengenai akademik semata-mata, tetapi juga mengenai pembinaan sahsiah dan pengembangan bakat dalam diri pelajar. Melalui sumbangan peralatan muzik ini, saya berharap agar pelajar-pelajar di Sekolah Vision Sandakan dapat menimba ilmu yang lebih luas dan memperoleh kemahiran yang akan memberi manfaat kepada mereka pada masa hadapan.”

Pihak Sekolah Vision Sandakan juga merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Poon atas keprihatinan beliau terhadap pembangunan pendidikan dan sokongan berterusan kepada sekolah-sekolah di kawasan Sandakan.

Sumbangan ini diyakini akan memberi kesan positif dalam memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar dan menyemarakkan lagi semangat mereka untuk cemerlang dalam bidang seni.

Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Poon untuk memperkasakan masyarakat Sandakan melalui pelbagai program dan aktiviti yang berfokus kepada pendidikan, kebajikan, dan pembangunan komuniti.

Exit mobile version